PEMBACA SETIA BLOG SAYA

04 May 2011

GEJALA SEKS BEBAS DALAM KALANGAN REMAJA DI MALAYSIA DAN BARAT.






Assalamualaikum semua.

Di bawah tajuk entry sebelum ini,
"Gejala Seks Bebas Dalam Kalangan Remaja Di Malaysia dan Barat"


Saya menerima 3 respon dari soalan yang ditujukan semalam.


Terima kasih kepada 3 responden tersebut:


soyA iN d@ HousE
(sila rujuk kritik yang telah diberikan pada halaman ini)
Saya suka pendapat yang disuarakan oleh Rozuan Ismail . Kali ini dia lebih berhati-hati apabila menjawab soalan yang diajukan. Sungguah tepat sekali jawapan kepada soalan saya.

Katanya, kesan lebih di lihat pada negara kita berbanding dengan negara barat atas alasan seks bebas di negara barat adalah satu kebiasaan malah ada antara ibu bapa mereka yang mendorong meraka untuk melakukannya.
 
Jika kita lihat melalui media sendiri, lelaki atau perempuan yang belum melakukan seks sebelum kahwin adalah satu perkara yang tidak normal dalam kalangan masyarakat mereka.

Namun, seperti yang kita tahu juga, amat jarang antara mereka yang hamil semasa umur belasan tahun kerana mereka mengamalkan seks yang selamat. Jadi ini tidak akan mendorong kepada masalah yang akan berlaku pasa masa hadapan.

Berbeza dengan negera kita, kebanyakkan yang melakukan seks bebas ini adalah orang yang kurang berpengetahuan dalam perkara ini. Jadi kesan yang timbul kepada negara adalah sangat besar. 

Lahirlah generasi yang tidak mempunyai masa hadapan yang lebih cenderung kepada wujudnya kepincangan dalam masyarakat.

Saya bukan menyokong remaja Malaysia untuk melakukan seks bebas selamat, tetapi kita rujuk kepada soalan yang diajukan, yang menfokuskan kepada kesan terhadap negara itu sendiri.


Manakala soyA iN d@ HousE menyatakan bahawa remaja sekarang suka meniru budaya barat yang di bawa masuk ke dalam negara melalui media-media terutama media eletronik.
 
 
hawiz pula menyatakan bahawa remaja sekarang lebih berani untuk melakukan perkara tersebut tanpa ada perasaan bersalah.
 
 
Terima kasih kepada semua yang sudi memberikan pandangan.
"Ingatlah bahawa semua agama di dunia ini melarang penganutnya melakukan perkara-perkara yang tidak baik"

2 comments:

  1. waahhh......terharunyer hawiz sbb diTAG dalam entry pendapat gejala seks bebas!!...trima kasih azrul..demo meme baguh sokmo..hihi..^_^...

    ReplyDelete
  2. hawiz.... no hal lah...

    bereh....

    ReplyDelete